Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha 1432H

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t..


Dikesempatan ini admin  ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha. Semoga segala 
pengorbanan yang kita lakukan selama ini diterima dan diberkati olehNya. bagi yang mampu, laksanakanlah puasa sunat hari Arafah kerana kelebihannya sangat besar sebagaimana dalam hadith Nabi S.A.W.. 

Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). 


Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang."
(Hadis riwayat Muslim).

Wassalam.

Saturday, October 29, 2011

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.




6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Tuesday, March 22, 2011

Result SPM 2010 akan diumumkan esok!!!


Esok, 23 Mac 2011 akan menjadi sejarah dalam hidup mereka apabila keputusan Sijil Peperiksaan Menengah diumumkan seawal 10 pagi. Buat adik-adik yang bakal mendapatkan keputusan itu esok, kakak-kakak & abang-abang mendo'akan adik-adik mendapat keputusan yang terbaik.

Teruskan perjuangan dalam menimba ilmu. Capai cita-cita anda.


-Alumni Ibnu Sina SMK Benoni Papar-



Sunday, December 5, 2010

Petua menghilangkan bau nafas.

cengkih (syzygium aromaticum l.)

cengkih (syzygium aromaticum l.)



Cara mengamalkan petua ini adalah seperti berikut:


1. Ambil sebanyak 10 hingga 15 biji atau bunga cengkih.

2. Rebuslah cengkih tersebut bersama 10 gelas air bersih kira-kira dalam masa 15 minit. Ataupun sehingga air rebusan tu tinggal lebih kurang pada paras 3 gelas.

3. Kemudian, anda minumlah air rebusan itu sebanyak 1/4 atau 1/2 gelas sekurang-kurangnya sekali sehari.

Namun begitu, anda boleh meminumnya sebanyak 3 kali (selepas makan) untuk kesan yang lebih baik.

Di samping itu, air rebusan cengkih ni juga boleh anda gunakan untuk tujuan lain. Antaranya bagi melegakan kembung perut, membuang angin dalam badan dan melegakan rasa sengal-sengal.

Insya Allah, bau nafas anda akan hilang/berkurangan.

Selamat Mencuba!

Saturday, December 4, 2010

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina

Sejarah dan latar belakang

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M.

Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera.

Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.


Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain.

Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

STANDS UP - MUADZ

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other